Pakej Berpantang 2022
Kami faham, anda sekarang tengah pening kepala nak mencari pakej berpantang 2020.
Jangan risau, kami di Pakej Berpantang akan membantu anda untuk mencari pakej yang sesuai.
Izinkan kami bantu.
Kenapa buat Pakej Berpantang?
Kami buat Pakej Berpantang kerana kami juga tahu sakitnya bersalin.
Masa bersalin sakitnya lain. Selepas bersalin, dia punya denyut, hanya yang pernah rasa sahaja tahu.
Kami di sini akan cuba sedaya upaya untuk bantu anda dapatkan rehat yang secukupnya.
Boleh hubungi kami seperti di bawah.
Servis dalam Pakej Berpantang
#1 Urut
Urut selepas bersalin sudah tentu ada. Ini adalah bertujuan untuk elancarkan peredaran darah. Badan akan rasa ringan dan selesa. Jika mahu, boleh tanya kami untuk dapatkan urut bengkak susu dan urut kepala buang angin sekali.
#2 Bertungku
Proses bertungku akan membantu dalam mengecutkan rahim, memecahkan lemak & kembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
#3 Param Pilis Tapel
Menghaluskan & melicinkan kulit, mengelakkan badan masuk angin & mengurangkan panas di kepala.
#4 Pakai bengkung
Boleh ke pakai bengkung sendiri? Ada yang kata boleh, tapi mungkin tak sempurna. Kami boleh pakaikan. Ini dapat melindungi organ dalam, cepat kecut & ketatkan bahagian perut yang menggeleber.
#5 Tangas
Jangan lupa bertangas kerana ia dapat merawat bahagian intim. Bertangas dapat mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang disebabkan oleh proses bersalin.
#6 Mandi Herba
Dengan mandi herba, ia dapat menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin dan melembutkan urat saraf.
#7 Lulur
Proses lulur dapat menjadikan kulit cantik, halus, gebu & cerah. Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
Servis lain-lain dalam Pakej Berpantang
Penjagaan bayi
Jangan lupakan bayi. Kami juga boleh bantu untuk jaga bayi agar sentiasa tenang. Ini termasuk servis mandi, urut, tuam dan pakai barut. Kami juga akan tolong jagakan bayi supaya ibu dapat lebih banyak rehat.
Makanan pantang
Kami akan sediakan makanan yang sihat dan mengenyangkan ibu mengikut menu yang telah ditetapkan. Tidak perlu susah-susah order dari luar.
Pakej berpantang ini sesuai untuk siapa?
Sejujurnya, pakej berpantang ini bukan untuk orang mahu urut selepas bersalin sahaja.
Kami mahu ibu-ibu dapatkan rawatan sempurna . Ini adalah sesuai untuk golongan yang:
- Bekerja di syarikat swasta atau kerajaan
- Berpangkat tinggi
- Selalu balik kerja, penat
- Suami juga bekerja
- Terpaksa berpantang sendiri
- Mak duduk jauh
- Suami tak tahu nak jaga
- Tak ada siapa nak tolong kemas rumah
Berapa harga Pakej Berpantang?
Sebenarnya, harga kami bukanlah yang paling murah di Malaysia. Agak sedikit mahal kerana pakej berpantang yang disediakan adalah lengkap.
Pakej berpantang kami juga bermula dari 14 hari sahaja.
Semua pakej ini adalah pakej pergi pagi, balik petang. Kami tidak tinggal di rumah anda.
Jika anda mahukan orang yang boleh tinggal sekali dalam rumah dan jaga bayi, sila maklumkan pada kami.
Untuk pakej berpantang 2 minggu (14 hari)
- 8 jam
- 9 pagi – 5 petang
- Urut (1x / hari)
- Tungku (2x / hari)
- Ikat Kain Bengkung (2x / hari)
- Param, Pilis, Tapel (2x / hari)
- Mandi Herba (2x / hari)
- Lulur (1x / minggu)
- Tangas (1x / minggu)
- Urut Bengkak Susu (3x / minggu)
- Urut Kepala Buang Angin (3x / minggu)
- Penjagaan bayi: Mandi, urut, tuam, barut
- Makanan pantang: 2 kali sehari
Harga: RM3,820
*Sila isi borang pertanyaan di bawah untuk diskaun
Untuk pakej berpantang 3 minggu (21 hari)
- 8 jam
- 9 pagi – 5 petang
- Urut (1x / hari)
- Tungku (2x / hari)
- Ikat Kain Bengkung (2x / hari)
- Param, Pilis, Tapel (2x / hari)
- Mandi Herba (2x / hari)
- Lulur (1x / minggu)
- Tangas (1x / minggu)
- Urut Bengkak Susu (3x / minggu)
- Urut Kepala Buang Angin (3x / minggu)
- Penjagaan bayi: Mandi, urut, tuam, barut
- Makanan pantang: 2 kali sehari
Harga: RM5,422
*Sila isi borang pertanyaan di bawah untuk diskaun